SET BUASIR SHAKLEE
18:45
SET BUASIR SHAKLEE
Buasir
atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena
yang terletak di bahagian rektum dan dubur.
Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit,
perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi
tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang
atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu
meneran.
Buasir dalaman
Lazimnya,
buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam
rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis
semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan
menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah
cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda
perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari
sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser
kolorektum.
Buasir luaran
Buasir
jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit,
pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan
terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia
terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini
memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena
rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia
dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun
dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
Penyebab utama
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras
atau sembelit)
- Cirit-birit
- Duduk mencangkung di dalam
tandas terlalu lama
- Batuk yang teruk
- Bersalin
- Mengangkat berat
- Pengamalan seks melalui dubur
oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
Tanda-tanda dan
Gejala-gejala
Gumpalan
lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal
atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya
selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit
Pencegahan
Mengelak
dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan
petua-petua berikut:
- Jika pekerjaan anda
memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan
berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di
kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
- Hembuskan nafas keluar
apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan
nafas anda.
- Dapatkan rawatan awal untuk
mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi
selepas masalah ini berpanjangan.
- Jadikan sebagai satu
peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika
pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang
tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat
membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika
langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit
merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana
tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.
Pengurusan sendiri
- Banyak meminum air
sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
- Makan makanan seimbang:
banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan
sayur-sayuran.
- Gunakan tandas pada masa yang
ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- Elakkan dari memakan makanan
yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol)
atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
- Apabila terdapat
gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada
dubur), berjumpalah doktor.
Set ini kita ada
OMEGA GUARD dan ZINC
Omega membantu dengan menyurutkan bengkak akibat tekanan ke
atas otot dubur dan kawasan sekitarnya
Zinc pula membantu proses penyembuhan luka di bahagian dubur
dengan lebih cepat
SEKIRANYA ANDA MENGALAMI MASALAH SEPERTI INI .
Jangan biarkan ia berlarutan !
HUBUNGI SAYA DI 017 8732289
ATAU
FB : NUR FARZANA ROSHAIDI
SAYA PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH ~~
0 comments