5 CARA MUDAH UNTUK HILANGKAN SUNBURN SELEPAS BERKAWAT & BERJEMUR
07:16Saya pasti ada di antara kita ni sering terdedah kepada cahaya matahari . Tidak kira lah dengan gaya macam mana sekali pun , dengan berkawat , berjemur , pergi ladang hari-hari .Anda mesti tidak terlepas dengan cahaya matahari ini .
Macam mana nak hilangkan sunburn kan ? Ada sesetengah kulit kurang sunburn , ada yang pula tak sampai dua tiga jam dah burn die punya sunburn perghhh .. dua tiga bulan baaru nak elok. Saya juga seorang yang sering terdedah dengan cahaya matahari sebab saya seorang SUKSIS dan pelajar Fakulti Pertanian di mana saya memang tiap hari akan ke ladang . Dan peratusan untuk saya sunburn amatlah tinggi .Haha , dengan saya SUKSIS lagi .Berkawat .
2 minggu yang lepas , saya baru balik dari Kem PULAMAR . Nak dijadikan cerita dua hari berturut-turut saya terdedah kepada cahaya matahari selama beberapa jam . Selepas saya balik dari kem , semua orang tegur termasuk dari family saya sendiri ,saya semakin gelap . Sudah pasti saya terkesan dan agak rasa segan dengan keadaan kulit saya yang sunburn dan kusam .
Ini antara cara-cara dan usaha-usaha yang saya lakukan supaya sunburn saya cepat hilang :-
1) MENGGUNAKAN TIMUN SEBAGAI MASKER
Balik jer umah bukak peti ais dan potong slices demi slices letakkan di muka , supaya kulit yang sunburn tadi sejuk .Keesokkanya pula saya blend semua dah lumurkan seluruh muka dan juga tangan .
Hasilnya not bad :) menyejukkan muka
2)TOMATO
Saya juga menggunakan tomato untuk sunburn ni . Saya makan dan juga belah dua tomato dan lumurkan di muka .Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air bersih. Makan tomato memang hasil yang terbaik sebab saya dapati kulit saya semakin kurang sunburn nya . Haa saya sebenarnya tak makan pun tomato .So sebab nak hilangkan sunburn . Saya makan jugak .Haha sanggup tau .
3)MASKER VITA E
Saya buat masker vita e shaklee tau . Yang saya tau masker vita e memang boleh buat masker dan sangat sanagt bagus untuk kulit sunburn .So saya juga telan vita e selama dua hari . Oke memang kulit saya makin pudar sunburn nya . Kulit pun kurang kusam .
4) MINUM AIR LEMON
Yang ni feveret saya ! Air lemon memang terbaik . Saya memang amalkan sejak sem baru ni .Memang best .Kulit semakin cerah dan jerawat makin hilang . Saya cume potong slices dan perahan jus dan cawan campur air osong sikit dan minum . Amalkan setiap bangun dari tido . Sebelum makan apa-apa . Hasilnya daebakkk ! Mesti cuba tau .
5)PAKAI BEDAK SEJUK
Haa ni baru je saya try malam tadi ! Pakai sebelum tidur dan memang best la .Rasa sejuk je muka . Dah penat-penat jemur mestilah kasi kulit kita sejuk kembali . Rawat balik . Terbaik!!
Saya pakai bedak sejuk yang biasa-biasa je . Kebanyakkan di semua kedai ada .Tak mahal pun RM2 jer .
So jangan rasa kedekut untuk cantik dan dapatkan kulit yang sehat . Anda boleh cuba semua 5 cara mudah tadi yang anda sendiri boleh dapatkan dalam peti sejuk korang . Mudah kan ?
Untuk dapatkan VITA E SHAKLEE boleh direct contact saya tau
WHATSAPP/MESSAGE 017-8732289
FACEBOOK : NUR FARZANA BINTI ROSHAIDI
-percuma konsultasi seumur hidup-
1 comments
Oo terima kasih ye :)
ReplyDelete