PENTING KE MINUM AIR KOSONG BANYAK BANYAK ?
09:37Antara sebab mengapa harus minum air kosong dengan secukupnya menurut Kelvin Zahari
- 60% badan manusia adalah air
- Sifar Kalori
- Sumber Alkali termurah
- Memantapkan metabolisma badan
- Pelarut nutrien
- Mengurangkan Risiko penyakit jantung
- Melembutkan kulit secara semulajadi
- Menyeimbang suhu badan
- Mencegah Keletihan
- Mencegah sakit kepala
- PENTING SANGAT MINUM AIR KOSONG SEBAB :
- Apabila makan supplemen, air diperlukan untuk membawa keluar toksin dalam badan. dalam buku panduan nutrisi Shaklee pun ada disebutkan.
- Supplemen yang kita makan tu pure (pekat) air diperlukan untuk melarutkan supplemen taduisupaya mudah diserap anggota tubuh.Atau artikata lain, mengurangkan kepekatan supplemen.
Ada jugak yang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan
Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.
Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan.
Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan.
Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.
0 comments